-ILYMR-Labels

life (44) share (33) cinta (25) friend (7) doa (4) BIRTHDAY (2) DIng DOng (1) LAGU (1) bujang (1)

CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU


Cinta tidak semestinya akan bersatu… menyintai seseorang menerima dia seadanya.. kekurangan dan kelebihan dia.. Cukup beruntung jika cinta kita dapat bersatu.. tapi cinta itu menuntut pengorbanan.. jika cinta tidak dapat bersatu kita harus redha dengan ketentuanNya..

Tidak semua kebahagian milik kita, ada ketika kita harus menanggung derita.. memang pahit dan terasa ingin menangis dan tidak mahu hidup… tapi apalah daya kita sebagai manusia.. ujian dari Allah menjadikan kita lebih kuat. Kita tidak harus berputus asa. Cinta yang abadi hanya pada DIA yang satu. Allah yang Esa.

Cinta datang dalam hidup kita tanpa isyarat dan syarat, dia datang tanpa diundang dia pergi tanpa dihalau… datang dan perginya cinta tiada siapa yang tahu. Perasaan orang yang dilamun cinta memang cukup indah.. macam dunia ini milik mereka.. Hakikatnya mana ada perhubungan cinta yang tiada badai.

Dugaan dalam bercinta adalah saat diri kita diuji, mampukah kita melawan semua ujian itu.. jika kita mampu menepis dan menanggung semua dugaan kita akan bahagia menikmati cinta… namun jika kiga gagal untuk melalui semua ujian ini maka kita akan gagal mengapai kebahagiaan.

Bila berbicara soal cinta memang cukup indah dan begitu membahagiakan. Seolah-olah kita berada diawang-awangan, terbang di udara, berenang dilautan, berjalan dibumi tanpa berpijak… uh… memang best…

Namun mampukah kita mengapai cinta yang kita impikan…cinta memang satu perkara yang sering dikatakan terlalu komplek untuk difahami. Cinta itu sesuatu yang subjektif, cinta tak semestinya sesama manusia. Kita juga harus mencintai alam dan persekitaran kerana jika tiada cinta pada alam, alam akan jadi rosak dan hancur musnah.

Cinta waktu remaja sering dikatakan saat yang paling indah.. ia juga dikenali sebagai cinta monyet.. (bertuah sungguh sang monyet). Kenapa cinta monyet?
Cinta monyet ini tidak kukuh.. mudah beralih arah.. macam monyet juga kerana ia bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain. Namun ada juga cinta monyet yang kekal hingga akhir hayat, Beruntung sungguh insan ini. Tidak semua orang dapat merasainya… Biasanya cinta ini akan kita ingat sampai bila-bila. Memberi kesan yang cukup dalam biarpun cinta ini tidak kesampaian.

Cinta memang diperlukan oleh setiap insan, tak kira pangkat atau darjat. Mereka semua perlukan cinta untuk meneruskan kehidupan ini. Kita perlukan cinta untuk menjana ekonomi kita kerana bila ada cinta kita ada matlamat untuk hidup. Kita akan meningkatkan taraf hidup kita untuk membahagiakan pasangan kita…

Cinta adalah menerima dan memberi. Perlu ada dua hala untuk berjalan dengan lancar. Jika berjalan dengan cara sehala akan pincang dimana-mana. Siap sedia menerima kekurangan dan kelebihan dia. Kita tak perlu untuk menaruh harapan yang begitu tinggi pada cinta yang ada kerana jika harapan itu terlalu tinggi bila jatuh ia akan jadi terlalu sakit.

Namun menyintai tak semesti memiliki melihat orang yang kita cintai itu bahagia itu sudah cukup bagi kita… adilkah?  Mulut mudah menuturkan tapi hati? Tiada siapa yang tahu. Memang itu yang kita harapkan bila cinta kita tak kesampaian.. kita nak berkorban untuk orang yang kita sayang… mengharapkan yang terbaik buat dia.. biarpun hati sendiri luka yang amat dalam.. siapa tahu? Hanya kita sendiri yang tahu.

Setelah kehilangan cinta kita amat sukar untuk menerima cinta yang lain. Perasaan takut akan dikecewakan semula itu cukup tebal, ini membuatkan kita curiga untuk menerima cinta. Memang tidak dinafikan patah tumbuh hilang berganti tapi yang patah itu tidak akan sama sekali dengan yang tumbuh. Biarpun yang datang itu sebaik malaikat pun kita sukar untuk menerima dia. Terkadang Allah nak menguji kita dengan menemukan kita dengan orang yang salah terlebih dahulu baru kita jumpa orang yang betul. Namun bila hati kita telah dilukai sukar untuk kita menerima orang yang baru itu. Oleh itu bukalah hati kita untuk menerima kenyataan dan realiti kehidupan.

          Dalam kehidupan ini banyak pintu telah diciptakan untuk kita. Berbagai pintu untuk kita buka, ada bahagia ada derita. Terkadang bila kita sudah terperangkap di satu pintu kita leka dan malas untuk menoleh atau mencari pintu yang lain. Sedangkan pintu itu pintu yang cukup derita. Kita rela menderita dari kita bergalih ke pintu yang lain. Terkadang kita dah jumpa pintu ada kunci tapi kita takut nak masuk. Kadang kita jumpa pintu tapi  tak jumpa kunci atau sekarang ni zaman canggih lupa pulak ‘password’ nak buka pintu. Aduhai… sedihkan…

     Ada pepatah kata cinta yang bahagia ibarat taman yang subur penuh dengan bunga-bunga segar dan rama-rama yang berterbangan riang. Kita akan terus tinggal di situ selama mana pun tanpa ragu. Namun cinta yang derita ibarat taman yang kontang dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan yang mati. Taman yang tandus ibarat padang pasir yang kita tidak akan sanggup berada lama di dalamnya.

      Kesimpulannya dalam cinta, kita perlukan kekuatan dalam diri, baik dari segi mental dan fizikal. Perlu tabah untuk mengharungi segala dugaan dan ujian dalam bercinta. Kita tidak akan menduga apa yang akan datang pada kita. Semuanya tidak terjangkau oleh fikiran kita. Oleh itu kita harus pelihara cinta kita agar terus mekar mewangi sampai bila-bila. Namun besar mana pun cinta kita sesama manusia tidak sama betapa agungnya cinta Allah pada hambaNya. Oleh itu biarlah ianya seiring melangkah…


No comments:

Post a Comment

About Me

kENAPE AdE ILYMR???ILYMR ni AdaLah SesUaTu PerKArA YanG DatAng DarI hAti Aku SenDiRi...MulA2 Aku mEmAnG Tak PAkAi Pon ILYMR...TapI tAh MacAm MaNe Leh DApAt IdeA Ni tAh...JadI BiArlAh ILYMR nI Aku JE yANg tAhu SEndiRi OK!!!