-ILYMR-Labels

life (44) share (33) cinta (25) friend (7) doa (4) BIRTHDAY (2) DIng DOng (1) LAGU (1) bujang (1)

BOLEH KE KEKASIH JADI SAHABAT?

Pernah tak korang berkawan semula dgn 'EX-COUPLE' korang walaupun korang dh 'break'?? Walaupun dh 'break' tp korang bleh lg tima diorang jd kawan korang? Ada sesetengah orang bila dh putus tak kira la siapa yg memutuskan hubungan tu mmg ssh nk berkawan semula. Konon2nya dia dh mengecewakan hati korang so korang seakan-akan berdendam dgn dia. Sampai mati pn korang xkan maafkan dia konon-kononnya la.

Tak apa, jika ada yang telah putus kasih sayang, kemudiannya bercita-cita nak jadi sahabat dengan bekas kekasih atau bekas suami pun boleh juga, ni aku selitkan sikit tips:

1) Ambillah masa dan ruang untuk anda berdua. 
Jarak dan waktu boleh mengubat hati dan perasaan yang terluka. Jika marah, akan reda nantinya. Jika benci akan kurang akhirnya. Jika sayang, mungkin akan tawar jua. Kurang-kurangkanlah panggilan telefon, atau SMS misalnya. Memang la tak mudah sebab kita dah biasa, pergi tandas berapa kali sehari pun nak maklumkan dekat si dia kan? Dah putus tu jadinya, belajar-belajarlah hidup sendiri.

2) Seboleh-bolehnya elakkan dari bertemu berdua sahaja. 
Kira dalam erti kata lain, janganlah serupa nak dating dulu-dulu lagi dah. Kalau boleh nak keluar tu biarlah beramai-ramai. Makanya tak perlulah bertentang mata dengannya. Mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati bukan? Jadi jangan pandang matanya. Larikan mata kita. Jika dah putus, masih ada rasa cinta, payah tu....

3) Jangan digoda lagi. 
Bila dah boleh terima sebagai kawan, sebagai sahabat. Tak perlulah rasanya hendak menggoda kembali bekas kekasih. Mungkin ketika itu, dia telah pun berpunya. Jika belum berpunya pun, cuba ingat kembali sebab terjadinya perpisahan tu. Adakah mahu pisang berbuah dua kali? Jadi, sebaiknya
elakkanlah..Janganlah menjadi duri dalam hati sendiri. Dan sebaiknya sebagai perempuan, biarlah maruah diri tu kita pelihara. Jika si dia telah mengkhianati segala kepercayaan, apa perlu lagi ditagih pada kasihnya....

4) Banyakkanlah bersabar. 
Memang tidak mudah untuk menjadi sahabat dengan orang yang pernah kita sayang. Sedih memanglah sedih, pilu, syahdu semua ada. Tapi, sebagai hamba-Nya, terimalah ketentuan yang dia bukan jodoh kita. Terima dengan hati yang terbuka. Dia bukan lagi untuk kita, hidup mesti berpijak di dunia nyata.

Tips-tips ni tak seberapa pun. Ingatlah, tak semua yang kita rancang itu akan menjadi kenyataan. Bila kita berbicara soalnya hati, memang payahlah nak dimengerti, payah hendak ditafsir, payah hendak kita terokai. Apa-apa pun, kesabaran itu penting. Berbaliklah kepada-Nya, mohon dikuatkan hati, keimanan di dada, supaya sentiasa diberikan kekuatan.

No comments:

Post a Comment

About Me

kENAPE AdE ILYMR???ILYMR ni AdaLah SesUaTu PerKArA YanG DatAng DarI hAti Aku SenDiRi...MulA2 Aku mEmAnG Tak PAkAi Pon ILYMR...TapI tAh MacAm MaNe Leh DApAt IdeA Ni tAh...JadI BiArlAh ILYMR nI Aku JE yANg tAhu SEndiRi OK!!!