-ILYMR-Labels

life (44) share (33) cinta (25) friend (7) doa (4) BIRTHDAY (2) DIng DOng (1) LAGU (1) bujang (1)

UKHWAH PERSAHABATAN

Persahabatan merupakan suatu hubungan yang terjalin antara individu dengan individu yang lain.Sahabat dan kawan seakan-akan serupa sahaja namun hakikatnya adalah berbeza.Kawan mudah dicari tetapi untuk mempunyai seorang sahabat amatlah sukar.Hal ini kerana kawan-kawan hanya akan bersama kita semasa senang sahaja namun seorang sahabat akan teguh bersama kita walau apa jua keadaan sekalipun,inilah yang dikatakan sebuah nilai persahabatan dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Persahabatan yang baik perlu mempunyai sikap saling hormat-menghormati,nasihat menasihati serta perlu ada kepercayaan yang utuh antara satu sama lain.Seorang sahabat rela berkorban apa sahaja demi sahabatnya tidak mengira harta,wang,tenaga,masa dan segala-galanya .

Seorang sahabat tidak akan sekali-kali meninggalkan kita di saat kita dilanda kesusahan.Kegembiraan,keperitan akan dikongsi bersama, bak kata pepatah ringan sama dijinjing,berat sama dipikul.Ini lah erti persahabatan.

Surat Al-Ĥujurāt


MAKNANYA :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 

Berdasarkan ayat ini amat jelas sekali menunjukkan kepada kita bahawa persahabatan merupakan sesuatu perkara yang amat dianjurkan oleh Allah s.w.t.Kita perlu memupuk nilai-nilai murni dalam menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira perbezaan bangsa mahupun agama.

Bagiku hidup tanpa seorang sahabat seumpama menaiki sampan tanpa pendayung,tidak tenggelam namun tiada arah tuju.Oleh itu sahabat perlulah dicari,dan pupuklah nilai-nilai yang membenihkan ukhwah persahabatan agar ia berkekalan sehingga hujung nyawa.


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
kENAPE AdE ILYMR???ILYMR ni AdaLah SesUaTu PerKArA YanG DatAng DarI hAti Aku SenDiRi...MulA2 Aku mEmAnG Tak PAkAi Pon ILYMR...TapI tAh MacAm MaNe Leh DApAt IdeA Ni tAh...JadI BiArlAh ILYMR nI Aku JE yANg tAhu SEndiRi OK!!!