-ILYMR-Labels

life (44) share (33) cinta (25) friend (7) doa (4) BIRTHDAY (2) DIng DOng (1) LAGU (1) bujang (1)

TANDA-TANDA INGIN BERPISAH

Bercinta sudah bertahun-tahun. Pelbagai kenangan manis dan pahit yang tersemat di memori. Namun, apabila masa sudah tiba, hubungan yang indah bakal retak seribu. Gara-gara – hati sudah menjadi tawar ataupun hubungan diganggu orang ketiga! Pelbagai cara telah dilakukan bagi menyelamatkan hubungan yang sudah nazak itu. Namun, kesemuanya gagal. Masing-masing berpendapat bahawa BERPISAH merupakan salah satu cara yang terbaik. Tapi, bibir tak berani nak mengaku dan meminta pasangan supaya meninggalkannya. Mungkin khuatir, sekiranya berpisah kelak, pasangan kekasih yang dahulunya sungguh romantik bersama namun apabila berpisah, akan bertukar menjadi musuh, bagai ANJING DENGAN KUCING. Selalunya, perpisahan tak pernah berakhir secara damai. Kalau nak berdamai tu, mungkin agak sukar, bergantung kepada diri masing-masing, kalau nasib baik, mungkin dapat berdamai dan bersahabat seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.

Lelaki sebenarnya tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dengan situasi yang melibatkan perpisahan. Namun, ada sesetengah lelaki yang sememangnya berani mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada kekasihnya. Maklumlah, hati sudah tawar. Tapi, bagi lelaki yang tak berani untuk mengucapkan ungkapan tersebut, mereka akan mengambil pendekatan ini – MENDIAMKAN DIRI. Jadi, hubungan yang sudah keruh akan menjadi semakin keruh dan renggang. Sebenarnya lelaki yang tak berani berdepan dengan realiti dianggap sebagai LELAKI PENGECUT! Nampak saja hebat dan gagah perkasa namun mereka tidak mempunyai keberanian yang cukup untuk berdepan dengan situasi itu. Perempuan pun apa kurangnya, golongan ini akan cuba sedaya upaya untuk mengelak dari berhadapan dengan situasi seperti ini. Tapi, masyarakat sekeliling tak boleh salahkan kaum perempuan sekiranya mereka bertindak melarikan diri daripada masalah. Kerana kaum perempuan inikan lemah lembut, jiwa mereka mudah sensitif.

Mudah saja sekiranya anda ingin mengetahui sama ada si dia ingin berpisah dengan anda ataupun tidak. 

1. dia akan membiarkan anda menunggunya sehingga berjam-jam lamanya. Sedangkan dia berjanji untuk berjumpa dengan anda tepat jam 3petang namun dia dengan sengajanya akan membiarkan anda menunggunya sehingga jam 6petang. Memang melampau! Dia mungkin beranggapan bahawa anda akan berubah hati dengan dia. Malah, tanpa rasa bersalah, dia hanya akan memberikan alasan yang tak munasabah seperti ADA KERJA TADI atau JALAN SIBUK. Kalau ya pun ada kerja yang perlu diselesaikan, apa salahnya sekiranya dia menghantar SMS dan memberitahu anda bahawa dia mungkin akan datang sedikit lewat. Nampak sangat dia sengaja, supaya anda berasa geram dan marah. Jadi mudahlah baginya untuk meninggalkan anda atau ditinggalkan anda. Atau mungkin dia akan melayan anda seperti kawan biasa sahaja. Malah, SMS yang dihantarnya dalam seminggu boleh dibilang dengan jari saja! ‘SIBUK’ betul dia kan. Hm….

2. dia mungkin akan mula menunjukkan sikap dingin dengan anda. Apa jua aktiviti yang dilakukannya, dia hanya akan melakukan secara diam-diam.
Berbeza dengan sewaktu awal perkenalan, ke mana saja dia pergi, bersama siapa, pasti anda akan mengetahui secara terperinci. Malah, dia sendiri yang akan mengajak anda ikut bersama. Tapi, sekarang, segalanya sudah berubah, segalanya hanya rahsia. Katanya, BIARLAH RAHSIA. Maksud yang ingin disampaikannya ialah SAYA NAK BERPISAH DENGAN AWAK.

3. cuba anda bertanya kepada si dia, “Bila kita nak kahwin?” atau “You sudi tak nak kahwin dengan i?” Cuba anda lihat reaksi wajah yang diberikannya. Mesti selamba bukan? Atau mungkin dia akan mula menggelabah. Atau mungkin juga dia akan menukar topik perbualan. Sekiranya jawapan yang anda dapat ialah “I belum bersedia lagi”, mungkin anda perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. Namun, ada juga orang yang mungkin benar-benar belum bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama. Maklumlah, umur masih mentah, tiba-tiba saja, terus diajak berkahwin. Memang gelojoh!


4. cuba anda lihat renungan matanya atau gerak-gerinya. Segalanya akan terserlah pada tindak-tanduk dan wajahnya. Sekiranya dia masih menyayangi diri anda, wajahnya akan sentiasa berseri-seri apabila bersama anda. Maklum sajalah, hati tengah berbunga-bunga. Tapi, awas sekiranya mukanya kelat dan pahit saja, mungkin hatinya tidak tenang dan tidak selesa bersama anda. Malah, sekiranya matanya hanya memandang anda dengan sekali imbas saja, mungkin anda perlu bersiap sedia juga. Tapi, anda juga perlulah bijak membezakan antara sikap dingin sewaktu marah atau bertengkar dengan sikap dingin apabila ingin berpisah. Takut anda fikir lain, padahal dia mungkin tengah bengang manja dengan anda.

5. Aku rasa tindakan ini paling mudah untuk dikesan sekiranya dia ingin berpisah. Dia sibuk melayan orang lain sedangkan anda hanya dibiarkan keseorangan melayan fikiran sendiri. Misalnya, dalam FACEBOOK, anda dan dia ‘online’ serentak namun apa yang dilakukannya ialah sibuk melayan komen-komen daripada gadis/lelaki lain tanpa mempedulikan anda. Mana mungkin dia tidak perasan bahawa anda juga sedang ‘online’. Hmm.. Mungkin itu satu petanda bahawa dia ingin cepat-cepat berpisah. Tapi, sekali DA ingin ingatkan kepada anda, anda perlu bijak membezakan antara sikap dingin apabila ingin berpisah dengan sikap dingin sewaktu merajuk manja. Atau mungkin dia akan mula berubah sikap. Dahulunya, si dia memang seorang yang pemaaf dan sentiasa sabar. Namun, sekarang, pantang silap sedikit, pasti dia akan mengamuk sakan! Pasti anda akan dicemuh, dimaki dan diherdik. Anda perlu menyiasat sama ada dia mungkin sedang mempunyai masalah yang besar jadi dia akan melepaskan marahnya terhadap anda atau sememangnya dia langsung tidak mempunyai sebarang masalah namun dengan sengaja ingin memarahi anda.


p/s : sekiranya anda perhatikan pasangan anda berkelakuan seperti di atas.. maka berhati-hatilah.. kerana anda mungkin akan ditinggalkan sekiranya anda tidak mengambil tindakan keatas kelakuannya..

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
kENAPE AdE ILYMR???ILYMR ni AdaLah SesUaTu PerKArA YanG DatAng DarI hAti Aku SenDiRi...MulA2 Aku mEmAnG Tak PAkAi Pon ILYMR...TapI tAh MacAm MaNe Leh DApAt IdeA Ni tAh...JadI BiArlAh ILYMR nI Aku JE yANg tAhu SEndiRi OK!!!