-ILYMR-Labels

life (44) share (33) cinta (25) friend (7) doa (4) BIRTHDAY (2) DIng DOng (1) LAGU (1) bujang (1)

MERELAKAN CINTA PERGI


Apabila bercinta pastinya kita mengharapkan percintaan kita bahagia dan kekal ke akhir hayat. Namun takdir menentukan segalanya, bukan semua yang kita haapkan berjaya kita perolehi. 

Kadang kala walau kita salah setia dan bahagia cinta yang terhalang amat sukar untuk mencapai kebahagiaan ke akhir garisan. Terlalu banyak ranjau yang menyukarkan sesuatu perhubungan itu berkembang.

Pedih…pastinya apabila sesuatu perhubungan itu ditamatkan tanpa kerelaan ia akan menjadi perit dan pedih. Apa yang perlu kita fahami, cinta tidak semestinya saling memiliki. 

Cinta adalah kebahagiaan. Andai dengan melepaskan dia insan kesayangan hati dia dapat semula kasih sayang dari keluarga dan insan sekelilingnya lepaskan lah dia dengan ikhlas. 


Andai dengan bersama kita dia akan dibuang keluarga dan semua mata mengecam terhadap perhubungan itu maka perpisahan adalah jalan terbaik.

Jangan ada dendam. Relakan pemergiannya, walau pedih dan ia amat membuat hati sengsara sekurang-kurangnya kamu perlu berbangga kamu melakukan itu demi dia insan yang amat kamu sayangi. 

Dia pasti tidak akan pernah melupakan kamu sebagaimana kamu juga sentiasa menyayanginya seumur hidup kamu. 

Andai tertulis suatu hari nanti memang jodoh kamu bersamanya, pasti Allah menemukan jalan baru agar kasih kamu bertaut kembali bersamanya nanti.

Ikhlaskan hati dan relakanlah dia pergi….

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
kENAPE AdE ILYMR???ILYMR ni AdaLah SesUaTu PerKArA YanG DatAng DarI hAti Aku SenDiRi...MulA2 Aku mEmAnG Tak PAkAi Pon ILYMR...TapI tAh MacAm MaNe Leh DApAt IdeA Ni tAh...JadI BiArlAh ILYMR nI Aku JE yANg tAhu SEndiRi OK!!!