-ILYMR-Labels

life (44) share (33) cinta (25) friend (7) doa (4) BIRTHDAY (2) DIng DOng (1) LAGU (1) bujang (1)

CINTA PERLU PENGORBANAN


Dalam kisah cinta pastinya memerlukan pengorbanan samada ia memberi kebahagiaan atas kedua pihak atau ia hanya memberi kebahagiaan kepada pihak lain walau hati kedua pencinta itu merana dan menderita.

Dalam cinta ia merupakan satu percaturan yang mana kita belum tentu bahagia dan memperoleh apa yang kita hajati . Jika bernasib baik kita akan berjaya sampai ke penghujung cerita cinta dengan bahagia tetapi jika tidak bernasib baik kita akan kecundang dan merana akibat perpisahan yang tidak kita pinta sama sekali.

Apabila sesuatu dugaan tiba, sebagai seorang yang amat menyintai pasangan tak kira kita lelaki atau perempuan, kita perlu memikirkan adakah perlu melakukan pengorbanan. Andai dengan berkorban melepaskan cinta adalah satu kebahagiaan terhadap pasangan atau kebahagiaan terhadap insan lain maka lakukanlah jika ia berbaloi.


Biar hati sendiri merana dari membiarkan banyak hati lain menderita akibat perbuatan kita. Allah maha adil, mungkin sudah ketentuan kita terpaksa melepaskan cinta yang kita paling sayang demi melihat dia atau insan lain berbahagia. Restu keluarga dan semua pihak amat perlu bagi menjamin kebahagiaan berkekalan ke akhir hayat.

Andai bersatu dan dapat hidup bersama, jika berlaku sesuatu perkara jangan teragak-agak untuk berkorban demi pasangan kita. Kasih sayang yang tercipta adalah amat suci hingga kadang kala seseorang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi insan tersayang.

Apa pun, andai cinta itu suci pasti suatu masa nanti kasih akan bersatu walau ianya hanya akan bertemu di akhirat nanti…

No comments:

Post a Comment

About Me

kENAPE AdE ILYMR???ILYMR ni AdaLah SesUaTu PerKArA YanG DatAng DarI hAti Aku SenDiRi...MulA2 Aku mEmAnG Tak PAkAi Pon ILYMR...TapI tAh MacAm MaNe Leh DApAt IdeA Ni tAh...JadI BiArlAh ILYMR nI Aku JE yANg tAhu SEndiRi OK!!!