-ILYMR-Labels

life (44) share (33) cinta (25) friend (7) doa (4) BIRTHDAY (2) DIng DOng (1) LAGU (1) bujang (1)

PERPISAHAN YANG TIDAK DIINGINI


Dalam perkenalan yang pasti membibitkan buah cinta antara dua hati pastinya membuat dua hati berharap agar hubungan kekal ke akhir hayat dan dapat hidup bersama selamanya. 

Ada yang mengalami pelbagai krisis sepanjang proses kenal menganali hati budi masing-masing. Andai dapat menemui jalan damai maka hubungan pastinya akan terus bahagia, namun malang juga jika kata sepakat tidak berjaya ditemui.

Pedih, perit dan sangat tersiat hati apabila salah satu pihak menyuarakan untuk menamatkan perhubungan. Tiada siapa yang rela untuk menamatkan kisah cinta bersama insan tersayang. Walau sebesar mana jurang pemisah pasti kita berusaha sebaik mungkin mempertahankan perhubungan. Namun apakan daya jika satu pihak bersungguh untuk menamatkan hubungan dengan sebab yang tidak mungkin dapat kita merayu agar dia kembali semula mempertahankan hubungan yang telah terbina.


http://admax.effectivemeasure.net/emnb_1_827871.gif
Hati merntih meminta mereka kembali semula meneruskan perjalanan cinta, namun apakan daya mungkin memang tiada jodoh antara kita dan dia. Sukar untuk memujuk hati agar menerima kenyataan tetapi lebih sukar lagi memujuk si dia kembali bersama melalui detik indah bersama.

Bagi yang sedang melalui proses perpisahan ini samada lelaki mahupun wanita Kasih Suci nasihatkan banyak-banyak istighfar, doa agar Allah berikan kekuatan di hati untuk melalui semua dugaan ini. Andai memang ada jodoh, Allah akan menemukan jodoh antara kalian suatu hari nanti dan memberikan jalan yang mudah agar kasih kalian bertemu kembali. Andai tiada jodoh, maafkanlah diri sendiri…maafkan dia dan janganlah berdendam. Doakan agar dia bahagia bersama pilihan yang telah dia lakukan.

Kita merancang segalanya tetapi Allah taala adalah sebaik-baik perancang segala ketentuan yang berlaku. Segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Moga kesedihan hari ini Allah ganjarkan dengan kebahagiaan yang lebih indah di hari memdatang…wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
kENAPE AdE ILYMR???ILYMR ni AdaLah SesUaTu PerKArA YanG DatAng DarI hAti Aku SenDiRi...MulA2 Aku mEmAnG Tak PAkAi Pon ILYMR...TapI tAh MacAm MaNe Leh DApAt IdeA Ni tAh...JadI BiArlAh ILYMR nI Aku JE yANg tAhu SEndiRi OK!!!