-ILYMR-Labels

life (44) share (33) cinta (25) friend (7) doa (4) BIRTHDAY (2) DIng DOng (1) LAGU (1) bujang (1)

WANG ATAU KELUARGA


Ramai dikalangan pasangan muda berkahwin gagal dalam perkahwinan kerana faktor kewangan. Memang ramai berkata cinta itu buta dan akhirnya menjerat diri. Baiklah saya ingin berkongsi dengan anda semua kisah pasangan suami isteri yang gagal dalam perkahwinan. Kisah ini boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran……

Kisah bermula perkahwinan antara Zira dan Rizal (dua-dua bukan nama sebenar).Bernikah atas cinta. Mereka hidup bahagia. Namun disebalik itu tersembunyi rahsia si Rizal seorang yang kuat berhutang untuk meluaskan perniagaan kononnya. Apa yang berlaku adalah Fakhrul terjebak dengan skim cepat kaya. Pelaburan berpuluh-puluh ribu lesap begitu sahaja. Pening untuk mencari modal pusingan,Rizal meminta bantuan isterinya dan meminjam wang simpanan berjumlah RM10,000.


Manusia mudah lupa,begitulah Rizal,apabila beliau mencuba lagi skim cepat kaya yang lain…..dan seperti mana kita tahu ianya gagal. Akibat kecewa dengan perniagaan beliau berhenti berniaga dan bekerja sambilan di sebuah hotel. Hidup yang stress menyebabkan suami tidak lagi melayani dan memberikan nafkah secukupnya. Wang di abaikan,nafkah batin pun jauh sekali(kepada yang tidak faham buat-buat faham je la ya).

Rizal menjadi seorang pemarah.Tidak tahan dengan sikap Rizal,Zira menceritakan masalah kepada teman sekerja iaitu Zaidi. Zaidi memang diketahui seorang lelaki berada,dan seorang lelaki hidung belang. Kesempatan ini diambil Zaidi untuk memberikan pelaburan kepada Zira. Wang ditabur kepada Zira. Mereka sentiasa berbalas sms…..

Hingga wujud perasaan sayang dan akhirnya keduanya terlanjur…bukan sekali tetapi berkali-kali…Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat,perbuatan mereka dihidu suami Zira. Dan akibatnya berlaku perbalahan,yang menyebabkan penceraian berlaku.

Ini adalah secebis kisah suami isteri untuk dijadikan pedoman. Sebagai suami jangan suka berhutang dan tunaikanlah nafkah anda. Jangan biarkan isteri anda rasa diabai.Moga kita semua akan menjadi suami dan isteri yang baik.

No comments:

Post a Comment

About Me

kENAPE AdE ILYMR???ILYMR ni AdaLah SesUaTu PerKArA YanG DatAng DarI hAti Aku SenDiRi...MulA2 Aku mEmAnG Tak PAkAi Pon ILYMR...TapI tAh MacAm MaNe Leh DApAt IdeA Ni tAh...JadI BiArlAh ILYMR nI Aku JE yANg tAhu SEndiRi OK!!!