-ILYMR-Labels

life (44) share (33) cinta (25) friend (7) doa (4) BIRTHDAY (2) DIng DOng (1) LAGU (1) bujang (1)

CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU


Cinta tidak semestinya akan bersatu… menyintai seseorang menerima dia seadanya.. kekurangan dan kelebihan dia.. Cukup beruntung jika cinta kita dapat bersatu.. tapi cinta itu menuntut pengorbanan.. jika cinta tidak dapat bersatu kita harus redha dengan ketentuanNya..

Tidak semua kebahagian milik kita, ada ketika kita harus menanggung derita.. memang pahit dan terasa ingin menangis dan tidak mahu hidup… tapi apalah daya kita sebagai manusia.. ujian dari Allah menjadikan kita lebih kuat. Kita tidak harus berputus asa. Cinta yang abadi hanya pada DIA yang satu. Allah yang Esa.

Cinta datang dalam hidup kita tanpa isyarat dan syarat, dia datang tanpa diundang dia pergi tanpa dihalau… datang dan perginya cinta tiada siapa yang tahu. Perasaan orang yang dilamun cinta memang cukup indah.. macam dunia ini milik mereka.. Hakikatnya mana ada perhubungan cinta yang tiada badai.

Dugaan dalam bercinta adalah saat diri kita diuji, mampukah kita melawan semua ujian itu.. jika kita mampu menepis dan menanggung semua dugaan kita akan bahagia menikmati cinta… namun jika kiga gagal untuk melalui semua ujian ini maka kita akan gagal mengapai kebahagiaan.

Bila berbicara soal cinta memang cukup indah dan begitu membahagiakan. Seolah-olah kita berada diawang-awangan, terbang di udara, berenang dilautan, berjalan dibumi tanpa berpijak… uh… memang best…

Namun mampukah kita mengapai cinta yang kita impikan…cinta memang satu perkara yang sering dikatakan terlalu komplek untuk difahami. Cinta itu sesuatu yang subjektif, cinta tak semestinya sesama manusia. Kita juga harus mencintai alam dan persekitaran kerana jika tiada cinta pada alam, alam akan jadi rosak dan hancur musnah.

Cinta waktu remaja sering dikatakan saat yang paling indah.. ia juga dikenali sebagai cinta monyet.. (bertuah sungguh sang monyet). Kenapa cinta monyet?

BOLEH KE KEKASIH JADI SAHABAT?

Pernah tak korang berkawan semula dgn 'EX-COUPLE' korang walaupun korang dh 'break'?? Walaupun dh 'break' tp korang bleh lg tima diorang jd kawan korang? Ada sesetengah orang bila dh putus tak kira la siapa yg memutuskan hubungan tu mmg ssh nk berkawan semula. Konon2nya dia dh mengecewakan hati korang so korang seakan-akan berdendam dgn dia. Sampai mati pn korang xkan maafkan dia konon-kononnya la.

Tak apa, jika ada yang telah putus kasih sayang, kemudiannya bercita-cita nak jadi sahabat dengan bekas kekasih atau bekas suami pun boleh juga, ni aku selitkan sikit tips:

1) Ambillah masa dan ruang untuk anda berdua. 
Jarak dan waktu boleh mengubat hati dan perasaan yang terluka. Jika marah, akan reda nantinya. Jika benci akan kurang akhirnya. Jika sayang, mungkin akan tawar jua. Kurang-kurangkanlah panggilan telefon, atau SMS misalnya. Memang la tak mudah sebab kita dah biasa, pergi tandas berapa kali sehari pun nak maklumkan dekat si dia kan? Dah putus tu jadinya, belajar-belajarlah hidup sendiri.

2) Seboleh-bolehnya elakkan dari bertemu berdua sahaja. 
Kira dalam erti kata lain, janganlah serupa nak dating dulu-dulu lagi dah. Kalau boleh nak keluar tu biarlah beramai-ramai. Makanya tak perlulah bertentang mata dengannya. Mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati bukan? Jadi jangan pandang matanya. Larikan mata kita. Jika dah putus, masih ada rasa cinta, payah tu....

3) Jangan digoda lagi. 
Bila dah boleh terima sebagai kawan, sebagai sahabat. Tak perlulah rasanya hendak menggoda kembali bekas kekasih. Mungkin ketika itu, dia telah pun berpunya. Jika belum berpunya pun, cuba ingat kembali sebab terjadinya perpisahan tu. Adakah mahu pisang berbuah dua kali? Jadi, sebaiknya

KISAH CINTA & SAHABAT : MENGAPA ITU KESUDAHANNYA

Di satu ketika, di satu tempat dan di satu petang, dua orang teman baik sedang duduk di atas pangkin di tengah-tengah bentangan sawah padi yang subur menghijau. Seorang gadis bernama Cinta dan seorg lagi pemuda yang bernama Sahabat. Kelihatan ketika itu, Cinta sedang menangis teresak-esak kerana baru dilukai dan dikhianati oleh Sang Kekasih. Disebalik esakan tu, Sahabat tetap setia menemani Cinta, mendengar dan turut menangis bersama. Katanya "Perasaan hati itu mmg sesuatu yang sukar untuk dimengertikan, dengan hanya sekelip mata dan oleh kerana sesuatu kejadian ia dapat berubah dgn sekelip mata. Sekali kita ingin memasuki alam percintaan, kita kena slalu bersedia untuk menangis. Jd menangislah temanku andai itu dapat menenangkanmu, aku akan setia disisimu. Aku mungkin tidak mampu utk membuatkan hatimu gembira tp aku boleh menangis bersamamu.

Setelah beberapa lama melayan perasaan dan kisah sedih percintaan temannya, Sahabat tiba-tiba bangun dan berkata, ayuh Cinta kita ke tepi pantai sana.. aku tunjukkan padamu permandangan tatkala matahari sedang terbenam yang cukup indah dan tak pernah kau temui sebelum ini. Pastinya kau akan berasa cukup tenang dan bahagia.  Mendengar kata-kata Sahabat, Cinta menjadi teruja pada keindahan dan kebahagiaan yang diperkatakan, lupa seketika tentang kesedihan hati. Lalu mereka pun beriringan berjalan menuju ke pantai, kadangkala Cinta mendahului Sahabat kerana ingin cepat sampai ke destinasi yg dituju. Sedang mereka berjalan, tiba-tiba Cinta terjatuh ke dalam sebuah lubang yang gelap dan berbahaya. Lalu sahabat dengan penuh kerisauan berkata, "Oh Cinta, mengapakah engkau tidak dapat melihat bahaya di hadapanmu?" Lalu Cinta pun menyahut "Sahabatku, aku terlalu asyik dan teruja dengan keindahan yang engkau ceritakan lalu aku tidak memperdulikan sekelilingku dan aku ingin sekali cepat sampai ke sana" Sambil menggelengkan kepala, Sahabat berkata sendirian "Cinta, sesungguhnya keindahan & kebahagiaan telah membutakan matamu. Kau terlalu ingin cepat untuk mencapainya membuatkan kau tidak berhati-hati lalu kau terjatuh ke dalam kegelapan ini. Satu hari, kau akan mengerti bahawa tiada dalam pintas untuk mencapai kebahagiaan"... Lalu tanpa membuang masa, Sahabat turut terjun ke dalam lubang itu demi untuk mendapatkan Cinta. Sampai ke bawah, Cinta terkejut dan memarahi Sahabat "Kenapa kau turut terjun ke bawah ini sedangkan kau tahu disini terlalu gelap dan berbahaya, tinggalkan saja aku di sini kerana salahku kerana tidak berhati-hati hingga aku jatuh ke dalam lubang yang gelap ini'"...Sahabat menjawab

About Me

My photo
kENAPE AdE ILYMR???ILYMR ni AdaLah SesUaTu PerKArA YanG DatAng DarI hAti Aku SenDiRi...MulA2 Aku mEmAnG Tak PAkAi Pon ILYMR...TapI tAh MacAm MaNe Leh DApAt IdeA Ni tAh...JadI BiArlAh ILYMR nI Aku JE yANg tAhu SEndiRi OK!!!